Saturday, November 20, 2010

lucky number 3 !




1. dah 3 bulan rupanya ! ouh, i really miss you darlingggg. :)

2. lagi 3 hari, genap seratus hari. indah indah ! ;)

3. yang ni agak terkeluar dari mood sebenar, lagi 3 paper then, boleh balik ! ahahaha. :DD






Selamat Hari Raya AidilAdha



ouh, yes. agak terlambat mahu wish semua readers and peepers di luar sana. hehehe. tak mengapalah, yang penting wish tetap wish. ;)


this is the first time saya beraya di perantauan. ecehhh, bunyi macam berada di Wisconsin sebentar. :P


biasanya kalau raya haji macam ni, sambut pun takdelah semeriah raya puasa. kalau di rumah, mungkin kami spend time depan tv sambil makan nasi impit atau nasi bukhari yang mak masak. tak pun, lepas sembahyang sunat pagi raya, kami balik rumah wan. makan laksa mak lang buat sambil lepak depan tv jugak.


tapi tahun ni, saya terpaksa beraya sorang sorang di bumi kenyalang gara gara final exam still tak habis. dengar je tak dapat balik raya haji, rasa sayu terus meruntun jiwa secara maksimum. konon konon sebelum ni celebrate raya haji penuh happening lah. padahal, mengada je lebihh.


okay, nak menyembunyikan kesedihan tak dapat balik beraya di rumah punya pasal, kami pun mula memanjangkan langkah. konon konon nak beraya jugak. jadi kami decide mahu beraya ke rumah family angkat saya di sematan.


kami merujuk kepada saya sendiri; Saidatul Syakiera Mohammad Idrus, dan juga dua sahabat rapat saya iaitu; Naziehah Ahmad Mazni dan Shari'atur Radhiah Jaafar.


kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi, sejurus selepas membeli belah di stesen petronas. hahaha. :D yang buat cerita lagi best, kami bertiga tak tido langsung malam sebelum bertolak tu. bagus budak budak ni ye. dah la tak tido, jalan nak pergi ke sematan pun tak berapa nak tahu. kira kami main redah je. ahha ! memang mencabar. tapi sumpah best. :P


sampai sampai je kat rumah kak long (rumah kakak angkat saya), kami terus lunch. jam pun dah almost 12.30 lebih kurang. menu: lemang, ketupat, rendang daging, daging masak kicap, kuey tiao goreng dan semestinya... kek lapis. hehehe. :)


lepas raya rumah kak long, kami pergi rumah mak pulak. kat rumah mak, sambung makan kuih raya dengan kek lapis. ayah sempat pulak bakar sate. ouh, terharu ! susah susah je. :) mak siap masak nasi tomato tapi serius kenyang. tak usik pun nasi yang mak masak. ampun ampun ! :(


petang tu, diah plan nak ke pasir pandak, lundu. mandi laut katanya. tapi last last tak jadi sebab kak long tak bagi pergi. bahaya pergi laut hujung hujung tahun macam sekarang ni. at the end, kami decide mandi air terjun je kat gunung gading. kak long dengan chombi pun ikut sekali. nurul && arza jugak. :)


makluman: chombi - adik kak long, nurul && arza - anak kak long. :)



gambar gambar time tengah mandi sungai semua ada kat hp diah. till now tak pergi bluetooth lagi. hee. :p dalam pukul 6 petang baru kami balik. hantar dorang kat rumah, then baru bertolak ke kuching around 7 petang macam tu.


sampai kat kuching around 9 malam. perut rasa lapar. pening decide nak pergi makan kat mana, last last the spring jugak jadi pilihan. lepas makan, tak reti reti lagi nak balik rumah. alang alang nak kena return kereta pagi esok, buat apa balik rumah awal awal. okay, tengok tengok cerita harry potter baru keluar. sambung pulak tengok wayang. memang raya lah hari tu !


secara jujurnya, saya memang tak layan cerita harry potter ni. dari first episod lagi, saya tak pernah tengok pun. tak minat, dan tak mahu berminat pun. hee. :P tapi nak menemankan mereka berdua ni, tengok jugaklah. takkan nak lepak sorang sorang pulak. kalau the spring tu macam mid valley, mungkin boleh consider lagi. tapi disebabkan saiz the spring tu lebih kurang half time square je, takpelah. saya rela ikut mereka mereka ni. ;)


dalam hall, sumpah saya lagi banyak layan perasaan, tutup mata, tutup telinga, main hp dari tengok cerita tu. entahlah, bagi saya cerita tu sedikit pun tak menarik perhatian saya. bak kata nazya, maybe sebab saya tak tengok dari awal, that's why tak berapa nak faham jalan cerita. hm, mungkin.


habis tengok movie, baru kami balik kolej. dalam pukul 1 lebih sampai rumah. tapi biasalah, jalan nak balik unimas ni kalau pukul 10 malam pun dah macam drive pukul 4 pagi. sunyi tu normal ye. that's why tak banyak beza if balik lepas tengok mid night movie, dengan balik pukul 1 pagi.


hmmm, okay. habis dah ceritera satu hari di hari raya. :P


konklusinya, raya haji tahun ni macam terlebih sakan pulak. bak kata mak, sampai dah tak reti balik rumah lah. err okayyy. :DD


takpe, after this no more mood raya sakan dah. sambung mood jawab exam sebab next week ada 3 paper lagi. paper organizational behavior, basic finance && cognition and design.


habis paper CD, ouh.. balik rumah yaww ! :D




Sunday, November 14, 2010

Graduation Day


to my dearest brother, Mohammad Shahir bin Mohammad Idrus..

selamat bergraduasi. :P





hee. nabiha nabiha ! :D




12 November 2010



if last year celebrate burfday sambil baca notes linguistics && c++, this year terpaksa mengadap nota computer graphics. memang menangis lah Dr.Teh kalau nampak betapa komitednye saya dengan subjek ni. nak tak nak terpaksa jugak lah selak selak apa yang patut. baca shading technique sket. pastu, cover ray tracing sket. okay, dah habis study ! :P


berbalik kepada topik asal..



dalam pukul 8 malam lebih kurang, mak call. borak borak, gosip gosip. mak cerita nak pergi sabah next year, july. lepas check schedule untuk next year, baru perasan yang time tu saya tengah bercuti ! time mid sem rupanya ! hee.


call mak balik, terus menggatal nak ikut melancong. ahaha ! :D


p/s: to cik ros syazmini dan cik azati hanani, sorry sangat sangat pasal trip ni. rasanya tak dapat jumpa korang kot since my mom dah beli tiket on July 19th la. ktorang pergi sampai 22 haribulan. time tu korang pun tengah sem break la. hmm. :(


okay, that's it cerita pukul 8 malam. tutup cerita. last year, awal awal macam ni, mak dah wish siap siap. tapi malam tu, lepas je done booking tiket, tak ada pun wish panjang lebar. cerita sedih sedih dari beliau pun tak ada. takpe, saya expect mak akan call lagi malam nanti. :)



tengok tengok, tak ada wish pun dari mak saya malam tu. sumpah sedihhh. ouh, sayang gelak gelak dengar saya menangis sebab mak tak wish. lantak dia lah nak cop saya ni mengada ke, manja terlebih ke. tapi saya memang tak boleh terima mak saya lupa nak wish malam tu. yang wish that night selain sayang saya, hmm.. panisha, nazya, diah, mell, lia, abang afiq, wani, fatin, ros, and... ayah saya? :P


dah la time tu handphone tak ada credit. demn. lagilah sedih. lucky si dia buat airtime share. ahahahaha. :D sumpah desperate time tu. nak call jugak mak ! tak puas hati ni. haihhh. tengok tengok mak tak angkat cz dah tido. hish. takpe, call ayah pulak !


nasib baik ayah angkat even time tu dah almost 12.40am macam tu. huh, apa lagi. dengar je suara ayah, sambung nangis sebab mak tak wish. macam sayang jugak, ayah pun gelak gelak dengar. apa la anak aku ni, dah beso pon tak tau malu nangis depan orang. hm, mungkin tu yang ayah pikir time saya nangis tu. ouho, now baru rasa malu ! :D



last last, pagi esoknye baru mak wish. ouh, terharu ! walaupun merajuk bagai nak rak sebelum tu. hee. lega. :P



sayang tanya, tahun ni tak nak buat list lagi ke sape sape yang dah wish. saya rasa tak perlulah kot. :P sayang, if i buat list, memang confirm post ni berjela jela. ecehhh. :D


so, pada mereka mereka yang wish tu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih sangat sangat. tak ada hadiah pun takpelah. saya tahu saya dah tua. tak layak nak dapat hadiah siap letak dalam kotak, sekali dengan riben besar warna pink. hehehe. :D


doa dari anda semua dah cukup membahagiakan saya. Allah saja yang dapat membalas segala effort kalian tu. Semoga kalian diberkati-Nya. aminn. :)




till then. hugs&&kisses.





Thursday, November 11, 2010

Kota Kinabalu


Mak nak pergi KK next year !! ouh, kena menyelit cepat cepat nih ! saya tak nak kena tinggal ~~


KL >> Kota Kinabalu pergi balik less than RM100 !! jom book tiket flight cepattt !
*Special thanks to AirAsia - Now Everyone Can Fly ! yeahh ! *




Saturday, November 6, 2010

ouh, saya pecinta musik! :P


best sangat sangat dengar lagu ni time nak tido..
Soko - take my heart

lagu ni pernah buat saya nangis teresak esak macam orang gila..
Ning Baizura - selagi ada cinta

lagu ni reminds me of him :)
Paramore - the only exception

kalau dengar lagu ni, selagi tak maximum volume, saya tak puas !
Black Eyed Peas - imma be

ouh, ni lagu tema time saya kawin nanti !
Afgan - bukan cinta biasa

sekarang, saya tengah dengar lagu..
Lah - adinda

rasa high dengan lagu ni ! hahaha :D
Jason Mraz - bella luna

saya suka driving sambil dengar lagu ni..
Jason Derulo - whatcha say

dear guys, lagu ni sangat sweet kalau anda nyanyi utk pengarang jantung hati anda
Bruno Mars - Just the way you are

dulu dulu, before nak pergi keje, saya selalu dengar lagu ni
Paula Deanda - Easy

nak dapat self confidence macam saya? layan lagu ni..
Skye Sweetnam - tangled up in me





hmm, wat else..


ouh, dah kering idea nak merepek !


enough lah tu. teeheehee. ;)




no caption needed.


Thursday, November 4, 2010

study week



ouh, lamanya tak berkongsi cerita di sini. maaf, keje makin bertimbun. now tengah study week, barulah dapat mengganti tidur, makan makan tak hengat dunia dan melayan movie movie secara marathon. ahha ! :D


seperti biasa, nama je study week. tapi confirm takkan study. layan movie sambil bergayut dan berchitchat sakan bersama yang tersayang sampai ke subuh, dah pagi baru reti nak tido. bangun bangun dah petang. tu pun, kalau berjaya menyedarkan diri awal. kalau tak, terlajak lagi. bagus betul anak dara ni. lepas bangun, mandi. tu pun kalau ada perasaan nak mandi. kalau tak, snooze lagi. ganti dengan agenda mengisi perut dulu. wahh, mentang mentang minggu study week bertindan dengan minggu off duty, raya lah jawabnya ! dengan tak payah sembahyang, tau makan tidur je kau nihh sai!


malam je, sambung tengok movie. sekarang bila dah boleh online, dok melekat dengan fb lah pulak. sumpah tak reti buat kerja lain dah. dasar pemalas, tak tau ape nak jadi dahh. memang bertuah ! (sesi memaki diri sendiri - abaikan.)


nak kata pelik, tak ada lah pelik sangat sebab since zaman kat matrik memang saya tak study time study week. budget macam dah penuh ilmu di dada gitu. padahal habuk pun tarak. nak buat macam mane, self confidence memang sedia tinggi. tak boleh nak salahkan sesiapa. :P


cuma ada satu perkara yang agak baru dalam sejarah study week saya kali ni. hmm, sekarang macam makin kerap memberi sedekah ke McD. asal lapar, memang tak ada benda lain yang terlintas lah. yang buat cerita lagi best, nak dapat kereta sewa sangatlah senang. ape lagi, lapar je, tau tau lepas tu dah ada kat McD.



so, bila nak study?


hm, tunggu next week lah. ;D




Wednesday, November 3, 2010

Final Exam Schedule



10 November 2010 - English for Professional Purposes

12 November 2010 - Computer Graphics

13 November 2010 - Mind Philosophy

15 November 2010 - Statistics

22 November 2010 - Organizational Behavior

24 November 2010 - Basic Finance, Cognition & Design




Good Luck ! :)

Tuesday, November 2, 2010

Friday, October 29, 2010

Naquib Nawfal


to abang erry & kak nadia...

Congratulations !!! :)


Sunday, October 24, 2010

Flaws and All

I'm a train wreck in the morning
I'm a bitch in the afternoon
Every now and then without warning
I can be really mean towards you

I'm a puzzle yes indeed
Ever complex in every way
And all the pieces aren't even in the box
And yet, you see the picture clear as day

I don't know why you love me
And that's why I love you
You catch me when I fall
Accept me, flaws and all
And that's why I love you

I neglect you when I'm working
When I need attention I tend to nag
I'm a host of imperfection
And you see past all that

I'm a peasant by some standards
But in your eyes I'm a queen
You see potential in all my flaws
And that's exactly what I mean

I don't know why you love me
And that's why I love you
You catch me when I fall
Accept me, flaws and all
And that's why I love you


Azreys Azaman. i heart u. :')

Love,



" Hit me like a ray of sun
Burning through my darkest night
You're the only one that I want
Think I'm addicted to your light "

gambar lama








tak payah melalut letak caption merepek repek, ayat terlebih emo bagai. cukup sekadar ini,

saya rindu mereka.



I'm not missing you



Been through just about everything that I could go through
When it comes to relationships
Don't know what I was missing or why I ain't listen
When I told myself that was it
Now here I go, hurt again
Cause of my curiosity
Now that its over
What else could it be he just had to cheat

I made a promise never to settle
Why didn't I keep it?
'Cause I hated the heartbreak
Crying and cheating, the fooling around

(But) I'm not missing you
I'm not going through the motions
Waiting and hoping you call me
I'm not missing you
You might have had me open
But I must be going because
I got life to do
I know I'm usually hanging on
I used to hate to see you gone
But this time its different
I don't even feel the distance
I'm not missing
I'm not missing you

Its a shame in a way cause
I feel that I may not ever find the right one for me
Did I leave him, is he right in front of my face oh
Will my true love ever be?
Why would I go on a search again
When I know what the end will be
What good is love when it keeps on hurting me?

I made a promise never to settle
Why didn't I keep it?
'Cause I hated the heartbreak
Crying and cheating, the fooling around

No I can't be with you
Cause I'm scared felt like I was falling when you left me
I can't keep going through life
Unaware of what I missed
And the person I could be
Love's good when its right
And when it's left in your memory
All the times I let you down
I guess love will be nice for someone else's life

I'm not missing you
I'm not going through the motions
Waiting and hoping you call me
You might have had me open
But I must be going because
I know I'm usually hanging on
I used to hate to see you gone
Oh different, oh see the distance
I'm not missing
I'm not missing you

I'm not going through the motions
Waiting and hoping you call me (knockin' at my door)
You might have had me open
But I must be going because
I know I'm usually hanging on
I used to hate to see you gone
Oh different, feel the distance
I'm not missing
I'm not missing you


:')

Wednesday, October 20, 2010

holiday plisss!



I really need a break. otak dah tak cukup space untuk menampung banyak perkara. ada sape sape berminat nak tumpangkan separuh otak ni kat kepala?

saya perlukan gelak tawa, bukan deraian air mata. saya perlukan kekuatan, bukan bebanan yang bertambah tambah. saya perlukan perhatian dan pengertian. saya dah cukup lemas, tolonglah jangan buat saya seakan tak mampu bernafas lagi. sudah sudahlah.


dear old friends, i really need you.

Friday, October 15, 2010

Again

Program : Forum The Creation of Global Citizen : Media Liberalization and The New Political Realities
Tarikh : 18 && 19 Oktober 2010
Tempat : Dewan PWTC, Kuala Lumpur.



Depart from Kuching International Airport at 4.05pm, 17 October 2010.
Depart from Kuala Lumpur International Airport at 7.00pm, 19 October 2010.

balik rumah, makan makan ! uyeahhh ~~


Monday, October 11, 2010

jom webcam !!







ahha, kami memang tak ada kerja malam tu. :DD

Sunday, October 10, 2010

10 peraturan bapa kepada teman lelaki anak perempuannya

Kepada Bf anak aku,




Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.



Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..



Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.



Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?



Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”



Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.



Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.



Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.



Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.



Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.




Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.





(entry ini bersempena dengan sambutan 10/10/10. sekian, terima kasih. :P )



2.35 am


Dear Allah, I seek forgiveness for every sin, I committed, about which, of course, You know inside and out, from the beginning to the end of my life, whether committed deliberately or intentionally, few or many, abstruse or manifest, old or new, secretly carried out or openly done; and for whatever wrong I have done I turn repentant unto You and beseech You to bless Muhammad and the children of Muhammad and forgive all my unjust acts I did to wrong the people (because they have rights which I have to recognize and fulfill) but You have full authority to forgive those wrongdoings whenever and howsoever You wish, dear the most merciful.

Dear Allah, I seek Your forgiveness for every sin that diverted me from the way to which You had guided me; or from doing what You had commanded me and avoiding what You had forbidden me; or from doing anything to which You had directed me, in which there would have been for me prosperity and attainment of Your pleasure, Your love, and Your nearness.

Dear Allah, I seek Your forgiveness for every sin that I knew myself to have committed, then forgot about or remembered, or that I had committed intentionally or unintentionally; and I have no doubt that it is a sin about which You will question me and for which my soul is held captive to You, even if I have become forgetful and heedless of it.



Amin.



10 October 2010



yeahh ! hari yang ditunggu tunggu telah tiba. triple 10 okayy. :)

10/10/10.


actually, tertunggu tunggu tarikh ni sebab hari ni Dr Sheikh Muszaphar nak kahwin. hahaha. I'm not a Big fan of him. biasa biasa je. kata orang, so-so lah. ;)

cuma, that day ada terbaca dan terlihat gambar gambar pre-wed dia dekat beautiful nara. ouh, ada macam macam gosip di sini ! kalau mengantuk, cuba try 'ubat' ni. hahaha.

and.. sangat impressive lah senang cerita. bila tengok gambar gambar dorang, terasa macam saya pun nak kawin sekali! hehehehe. :P

okayy, try tengok kad kawin dorang..




yang ni plak gambar gambar pre-wed mereka..



see..siap terbang terbang kau! memang grandd. ni belum time receptions lagi. time sanding nanti, tak tau pulak apa yang jadi. teeheehee. :P


apa apa pun, semoga berbahagialah ye. moga kekal hingga ke akhir hayat. :) if wish sampai ke anak cucu, karang dapat je cucu, bercerai berai plak. haihh, masalah! ahha.




tarikh saya nanti bila pulak ye? hmm..


Friday, October 8, 2010

Saidatul Syahiera



rindu budak kecik ni. mentang mentang dah habis exam. lepak je kat rumah yek. takpe, tunggu akak balik. then, kita jalan jalan okayy. imy. :)




Kimia - Melda Ahmad


aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita


kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku


bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau seru akulah pelangi cintamu




try listen to this too ! halo by Melda Ahmad. great ! :)

Thursday, October 7, 2010

Tolong ingatkan aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Open House

Ini kali kedua beraya di Sarawak. first time dulu, beraya di rumah lecturer linguistics kami, Dr. Norazila. then, second time ni di rumah En. Amir.

Tarikh : 28 September 2010
Masa: 7.30 petang
Tempat: Semariang, Petrajaya. :)
Tema: Blue ;)

malam tu memang puas lah kami bergambar, makan then siap karaoke dua tiga lagu. hahaha. :D malangnya, tak semua gambar dapat diupload memandangkan awal awal lagi si dia dah kutuk yang saya makin tembam sekarang. okayy, confidence level terus jatuh merudum ! mungkin salah saya jugak sebab lambat pesan kat nazya, jangan upload kat fb gambar yang ada muka saya. kalau nak upload jugak, tolong crop dulu ! tapi sekarang, semua dah terlambat. huu. :(

so, ini sahaja yang ada untuk tontonan para followers dan juga readers. moga terubat rindu kalian. chewaahhhh! :P