Saturday, November 20, 2010

lucky number 3 !




1. dah 3 bulan rupanya ! ouh, i really miss you darlingggg. :)

2. lagi 3 hari, genap seratus hari. indah indah ! ;)

3. yang ni agak terkeluar dari mood sebenar, lagi 3 paper then, boleh balik ! ahahaha. :DD






Selamat Hari Raya AidilAdha



ouh, yes. agak terlambat mahu wish semua readers and peepers di luar sana. hehehe. tak mengapalah, yang penting wish tetap wish. ;)


this is the first time saya beraya di perantauan. ecehhh, bunyi macam berada di Wisconsin sebentar. :P


biasanya kalau raya haji macam ni, sambut pun takdelah semeriah raya puasa. kalau di rumah, mungkin kami spend time depan tv sambil makan nasi impit atau nasi bukhari yang mak masak. tak pun, lepas sembahyang sunat pagi raya, kami balik rumah wan. makan laksa mak lang buat sambil lepak depan tv jugak.


tapi tahun ni, saya terpaksa beraya sorang sorang di bumi kenyalang gara gara final exam still tak habis. dengar je tak dapat balik raya haji, rasa sayu terus meruntun jiwa secara maksimum. konon konon sebelum ni celebrate raya haji penuh happening lah. padahal, mengada je lebihh.


okay, nak menyembunyikan kesedihan tak dapat balik beraya di rumah punya pasal, kami pun mula memanjangkan langkah. konon konon nak beraya jugak. jadi kami decide mahu beraya ke rumah family angkat saya di sematan.


kami merujuk kepada saya sendiri; Saidatul Syakiera Mohammad Idrus, dan juga dua sahabat rapat saya iaitu; Naziehah Ahmad Mazni dan Shari'atur Radhiah Jaafar.


kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi, sejurus selepas membeli belah di stesen petronas. hahaha. :D yang buat cerita lagi best, kami bertiga tak tido langsung malam sebelum bertolak tu. bagus budak budak ni ye. dah la tak tido, jalan nak pergi ke sematan pun tak berapa nak tahu. kira kami main redah je. ahha ! memang mencabar. tapi sumpah best. :P


sampai sampai je kat rumah kak long (rumah kakak angkat saya), kami terus lunch. jam pun dah almost 12.30 lebih kurang. menu: lemang, ketupat, rendang daging, daging masak kicap, kuey tiao goreng dan semestinya... kek lapis. hehehe. :)


lepas raya rumah kak long, kami pergi rumah mak pulak. kat rumah mak, sambung makan kuih raya dengan kek lapis. ayah sempat pulak bakar sate. ouh, terharu ! susah susah je. :) mak siap masak nasi tomato tapi serius kenyang. tak usik pun nasi yang mak masak. ampun ampun ! :(


petang tu, diah plan nak ke pasir pandak, lundu. mandi laut katanya. tapi last last tak jadi sebab kak long tak bagi pergi. bahaya pergi laut hujung hujung tahun macam sekarang ni. at the end, kami decide mandi air terjun je kat gunung gading. kak long dengan chombi pun ikut sekali. nurul && arza jugak. :)


makluman: chombi - adik kak long, nurul && arza - anak kak long. :)



gambar gambar time tengah mandi sungai semua ada kat hp diah. till now tak pergi bluetooth lagi. hee. :p dalam pukul 6 petang baru kami balik. hantar dorang kat rumah, then baru bertolak ke kuching around 7 petang macam tu.


sampai kat kuching around 9 malam. perut rasa lapar. pening decide nak pergi makan kat mana, last last the spring jugak jadi pilihan. lepas makan, tak reti reti lagi nak balik rumah. alang alang nak kena return kereta pagi esok, buat apa balik rumah awal awal. okay, tengok tengok cerita harry potter baru keluar. sambung pulak tengok wayang. memang raya lah hari tu !


secara jujurnya, saya memang tak layan cerita harry potter ni. dari first episod lagi, saya tak pernah tengok pun. tak minat, dan tak mahu berminat pun. hee. :P tapi nak menemankan mereka berdua ni, tengok jugaklah. takkan nak lepak sorang sorang pulak. kalau the spring tu macam mid valley, mungkin boleh consider lagi. tapi disebabkan saiz the spring tu lebih kurang half time square je, takpelah. saya rela ikut mereka mereka ni. ;)


dalam hall, sumpah saya lagi banyak layan perasaan, tutup mata, tutup telinga, main hp dari tengok cerita tu. entahlah, bagi saya cerita tu sedikit pun tak menarik perhatian saya. bak kata nazya, maybe sebab saya tak tengok dari awal, that's why tak berapa nak faham jalan cerita. hm, mungkin.


habis tengok movie, baru kami balik kolej. dalam pukul 1 lebih sampai rumah. tapi biasalah, jalan nak balik unimas ni kalau pukul 10 malam pun dah macam drive pukul 4 pagi. sunyi tu normal ye. that's why tak banyak beza if balik lepas tengok mid night movie, dengan balik pukul 1 pagi.


hmmm, okay. habis dah ceritera satu hari di hari raya. :P


konklusinya, raya haji tahun ni macam terlebih sakan pulak. bak kata mak, sampai dah tak reti balik rumah lah. err okayyy. :DD


takpe, after this no more mood raya sakan dah. sambung mood jawab exam sebab next week ada 3 paper lagi. paper organizational behavior, basic finance && cognition and design.


habis paper CD, ouh.. balik rumah yaww ! :D




Sunday, November 14, 2010

Graduation Day


to my dearest brother, Mohammad Shahir bin Mohammad Idrus..

selamat bergraduasi. :P





hee. nabiha nabiha ! :D




12 November 2010



if last year celebrate burfday sambil baca notes linguistics && c++, this year terpaksa mengadap nota computer graphics. memang menangis lah Dr.Teh kalau nampak betapa komitednye saya dengan subjek ni. nak tak nak terpaksa jugak lah selak selak apa yang patut. baca shading technique sket. pastu, cover ray tracing sket. okay, dah habis study ! :P


berbalik kepada topik asal..



dalam pukul 8 malam lebih kurang, mak call. borak borak, gosip gosip. mak cerita nak pergi sabah next year, july. lepas check schedule untuk next year, baru perasan yang time tu saya tengah bercuti ! time mid sem rupanya ! hee.


call mak balik, terus menggatal nak ikut melancong. ahaha ! :D


p/s: to cik ros syazmini dan cik azati hanani, sorry sangat sangat pasal trip ni. rasanya tak dapat jumpa korang kot since my mom dah beli tiket on July 19th la. ktorang pergi sampai 22 haribulan. time tu korang pun tengah sem break la. hmm. :(


okay, that's it cerita pukul 8 malam. tutup cerita. last year, awal awal macam ni, mak dah wish siap siap. tapi malam tu, lepas je done booking tiket, tak ada pun wish panjang lebar. cerita sedih sedih dari beliau pun tak ada. takpe, saya expect mak akan call lagi malam nanti. :)



tengok tengok, tak ada wish pun dari mak saya malam tu. sumpah sedihhh. ouh, sayang gelak gelak dengar saya menangis sebab mak tak wish. lantak dia lah nak cop saya ni mengada ke, manja terlebih ke. tapi saya memang tak boleh terima mak saya lupa nak wish malam tu. yang wish that night selain sayang saya, hmm.. panisha, nazya, diah, mell, lia, abang afiq, wani, fatin, ros, and... ayah saya? :P


dah la time tu handphone tak ada credit. demn. lagilah sedih. lucky si dia buat airtime share. ahahahaha. :D sumpah desperate time tu. nak call jugak mak ! tak puas hati ni. haihhh. tengok tengok mak tak angkat cz dah tido. hish. takpe, call ayah pulak !


nasib baik ayah angkat even time tu dah almost 12.40am macam tu. huh, apa lagi. dengar je suara ayah, sambung nangis sebab mak tak wish. macam sayang jugak, ayah pun gelak gelak dengar. apa la anak aku ni, dah beso pon tak tau malu nangis depan orang. hm, mungkin tu yang ayah pikir time saya nangis tu. ouho, now baru rasa malu ! :D



last last, pagi esoknye baru mak wish. ouh, terharu ! walaupun merajuk bagai nak rak sebelum tu. hee. lega. :P



sayang tanya, tahun ni tak nak buat list lagi ke sape sape yang dah wish. saya rasa tak perlulah kot. :P sayang, if i buat list, memang confirm post ni berjela jela. ecehhh. :D


so, pada mereka mereka yang wish tu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih sangat sangat. tak ada hadiah pun takpelah. saya tahu saya dah tua. tak layak nak dapat hadiah siap letak dalam kotak, sekali dengan riben besar warna pink. hehehe. :D


doa dari anda semua dah cukup membahagiakan saya. Allah saja yang dapat membalas segala effort kalian tu. Semoga kalian diberkati-Nya. aminn. :)




till then. hugs&&kisses.





Thursday, November 11, 2010

Kota Kinabalu


Mak nak pergi KK next year !! ouh, kena menyelit cepat cepat nih ! saya tak nak kena tinggal ~~


KL >> Kota Kinabalu pergi balik less than RM100 !! jom book tiket flight cepattt !
*Special thanks to AirAsia - Now Everyone Can Fly ! yeahh ! *




Saturday, November 6, 2010

ouh, saya pecinta musik! :P


best sangat sangat dengar lagu ni time nak tido..
Soko - take my heart

lagu ni pernah buat saya nangis teresak esak macam orang gila..
Ning Baizura - selagi ada cinta

lagu ni reminds me of him :)
Paramore - the only exception

kalau dengar lagu ni, selagi tak maximum volume, saya tak puas !
Black Eyed Peas - imma be

ouh, ni lagu tema time saya kawin nanti !
Afgan - bukan cinta biasa

sekarang, saya tengah dengar lagu..
Lah - adinda

rasa high dengan lagu ni ! hahaha :D
Jason Mraz - bella luna

saya suka driving sambil dengar lagu ni..
Jason Derulo - whatcha say

dear guys, lagu ni sangat sweet kalau anda nyanyi utk pengarang jantung hati anda
Bruno Mars - Just the way you are

dulu dulu, before nak pergi keje, saya selalu dengar lagu ni
Paula Deanda - Easy

nak dapat self confidence macam saya? layan lagu ni..
Skye Sweetnam - tangled up in me





hmm, wat else..


ouh, dah kering idea nak merepek !


enough lah tu. teeheehee. ;)




no caption needed.


Thursday, November 4, 2010

study week



ouh, lamanya tak berkongsi cerita di sini. maaf, keje makin bertimbun. now tengah study week, barulah dapat mengganti tidur, makan makan tak hengat dunia dan melayan movie movie secara marathon. ahha ! :D


seperti biasa, nama je study week. tapi confirm takkan study. layan movie sambil bergayut dan berchitchat sakan bersama yang tersayang sampai ke subuh, dah pagi baru reti nak tido. bangun bangun dah petang. tu pun, kalau berjaya menyedarkan diri awal. kalau tak, terlajak lagi. bagus betul anak dara ni. lepas bangun, mandi. tu pun kalau ada perasaan nak mandi. kalau tak, snooze lagi. ganti dengan agenda mengisi perut dulu. wahh, mentang mentang minggu study week bertindan dengan minggu off duty, raya lah jawabnya ! dengan tak payah sembahyang, tau makan tidur je kau nihh sai!


malam je, sambung tengok movie. sekarang bila dah boleh online, dok melekat dengan fb lah pulak. sumpah tak reti buat kerja lain dah. dasar pemalas, tak tau ape nak jadi dahh. memang bertuah ! (sesi memaki diri sendiri - abaikan.)


nak kata pelik, tak ada lah pelik sangat sebab since zaman kat matrik memang saya tak study time study week. budget macam dah penuh ilmu di dada gitu. padahal habuk pun tarak. nak buat macam mane, self confidence memang sedia tinggi. tak boleh nak salahkan sesiapa. :P


cuma ada satu perkara yang agak baru dalam sejarah study week saya kali ni. hmm, sekarang macam makin kerap memberi sedekah ke McD. asal lapar, memang tak ada benda lain yang terlintas lah. yang buat cerita lagi best, nak dapat kereta sewa sangatlah senang. ape lagi, lapar je, tau tau lepas tu dah ada kat McD.



so, bila nak study?


hm, tunggu next week lah. ;D




Wednesday, November 3, 2010

Final Exam Schedule



10 November 2010 - English for Professional Purposes

12 November 2010 - Computer Graphics

13 November 2010 - Mind Philosophy

15 November 2010 - Statistics

22 November 2010 - Organizational Behavior

24 November 2010 - Basic Finance, Cognition & Design




Good Luck ! :)

Tuesday, November 2, 2010