Saturday, November 20, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha



ouh, yes. agak terlambat mahu wish semua readers and peepers di luar sana. hehehe. tak mengapalah, yang penting wish tetap wish. ;)


this is the first time saya beraya di perantauan. ecehhh, bunyi macam berada di Wisconsin sebentar. :P


biasanya kalau raya haji macam ni, sambut pun takdelah semeriah raya puasa. kalau di rumah, mungkin kami spend time depan tv sambil makan nasi impit atau nasi bukhari yang mak masak. tak pun, lepas sembahyang sunat pagi raya, kami balik rumah wan. makan laksa mak lang buat sambil lepak depan tv jugak.


tapi tahun ni, saya terpaksa beraya sorang sorang di bumi kenyalang gara gara final exam still tak habis. dengar je tak dapat balik raya haji, rasa sayu terus meruntun jiwa secara maksimum. konon konon sebelum ni celebrate raya haji penuh happening lah. padahal, mengada je lebihh.


okay, nak menyembunyikan kesedihan tak dapat balik beraya di rumah punya pasal, kami pun mula memanjangkan langkah. konon konon nak beraya jugak. jadi kami decide mahu beraya ke rumah family angkat saya di sematan.


kami merujuk kepada saya sendiri; Saidatul Syakiera Mohammad Idrus, dan juga dua sahabat rapat saya iaitu; Naziehah Ahmad Mazni dan Shari'atur Radhiah Jaafar.


kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi, sejurus selepas membeli belah di stesen petronas. hahaha. :D yang buat cerita lagi best, kami bertiga tak tido langsung malam sebelum bertolak tu. bagus budak budak ni ye. dah la tak tido, jalan nak pergi ke sematan pun tak berapa nak tahu. kira kami main redah je. ahha ! memang mencabar. tapi sumpah best. :P


sampai sampai je kat rumah kak long (rumah kakak angkat saya), kami terus lunch. jam pun dah almost 12.30 lebih kurang. menu: lemang, ketupat, rendang daging, daging masak kicap, kuey tiao goreng dan semestinya... kek lapis. hehehe. :)


lepas raya rumah kak long, kami pergi rumah mak pulak. kat rumah mak, sambung makan kuih raya dengan kek lapis. ayah sempat pulak bakar sate. ouh, terharu ! susah susah je. :) mak siap masak nasi tomato tapi serius kenyang. tak usik pun nasi yang mak masak. ampun ampun ! :(


petang tu, diah plan nak ke pasir pandak, lundu. mandi laut katanya. tapi last last tak jadi sebab kak long tak bagi pergi. bahaya pergi laut hujung hujung tahun macam sekarang ni. at the end, kami decide mandi air terjun je kat gunung gading. kak long dengan chombi pun ikut sekali. nurul && arza jugak. :)


makluman: chombi - adik kak long, nurul && arza - anak kak long. :)



gambar gambar time tengah mandi sungai semua ada kat hp diah. till now tak pergi bluetooth lagi. hee. :p dalam pukul 6 petang baru kami balik. hantar dorang kat rumah, then baru bertolak ke kuching around 7 petang macam tu.


sampai kat kuching around 9 malam. perut rasa lapar. pening decide nak pergi makan kat mana, last last the spring jugak jadi pilihan. lepas makan, tak reti reti lagi nak balik rumah. alang alang nak kena return kereta pagi esok, buat apa balik rumah awal awal. okay, tengok tengok cerita harry potter baru keluar. sambung pulak tengok wayang. memang raya lah hari tu !


secara jujurnya, saya memang tak layan cerita harry potter ni. dari first episod lagi, saya tak pernah tengok pun. tak minat, dan tak mahu berminat pun. hee. :P tapi nak menemankan mereka berdua ni, tengok jugaklah. takkan nak lepak sorang sorang pulak. kalau the spring tu macam mid valley, mungkin boleh consider lagi. tapi disebabkan saiz the spring tu lebih kurang half time square je, takpelah. saya rela ikut mereka mereka ni. ;)


dalam hall, sumpah saya lagi banyak layan perasaan, tutup mata, tutup telinga, main hp dari tengok cerita tu. entahlah, bagi saya cerita tu sedikit pun tak menarik perhatian saya. bak kata nazya, maybe sebab saya tak tengok dari awal, that's why tak berapa nak faham jalan cerita. hm, mungkin.


habis tengok movie, baru kami balik kolej. dalam pukul 1 lebih sampai rumah. tapi biasalah, jalan nak balik unimas ni kalau pukul 10 malam pun dah macam drive pukul 4 pagi. sunyi tu normal ye. that's why tak banyak beza if balik lepas tengok mid night movie, dengan balik pukul 1 pagi.


hmmm, okay. habis dah ceritera satu hari di hari raya. :P


konklusinya, raya haji tahun ni macam terlebih sakan pulak. bak kata mak, sampai dah tak reti balik rumah lah. err okayyy. :DD


takpe, after this no more mood raya sakan dah. sambung mood jawab exam sebab next week ada 3 paper lagi. paper organizational behavior, basic finance && cognition and design.


habis paper CD, ouh.. balik rumah yaww ! :D




2 comments:

shahidakharudin said...

nasi bukhari tu mcm mane?
bunyi mcm best je neh;)))

.saidatul syakiera. said...

ouh, un-explain-able !

nanti sai tanye resepi kat mak, then i post kat sini okay. :)))